Thursday 29 December 2011

MEMPERBAIKI KUALITI SOLAT





 Allah menyatakan :
“ Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. ”
                                                                                                     Surah al-Ankabut, ayat 45

 Terdapat lima kelompak orang yang bersolat :-
  • Mu’aqqib (pengintai). Mereka yang termasuk dalam kelompak ini adalah orang yang menganiayai diri sendiri kerana solatnya selalu kekurangan, baik dalam wuduknya, pelaksanaan solatnya mahupun rukun-rukunnya.
  • Muhasib (penghitung). Mereka yang termasuk dalam kelompak ini adalah orang yang mampu menyempurnakan wuduknya serta memerhatikan tertib solat dan rukun-rukunnya. Namun, mereka tidak mampu menguasai hatinya untuk khusyuk menghadap Allah.
  • Mukaffar’anhu (penerima ampunan). Mereka yang berada dalam kelompak ini mampu memperhatikan tata tertib, rukun-rukun dan perlaksanannya, baik dalam wuduk mahupun solatnya. Di samping itu, mereka selalu berjuang menguasai hati supaya khusyuk menghadap Allah. Mereka berusaha dan berperang melawan nafsu.
  • Mutsab (penerima pahala). Kelompak ini mampu menyempurnakan segala kewajipan, rukun-rukun dan hatinya sibuk menjaga solatnya daripada lalai. Seluruh potensi yang ada dikerahkan bagi mendapat solat yang sempurna.
  •  Muqarrab min Rabbihi (peraih kedekatan dengan Tuhan). Kelompak ini sama dengan kelompak di peringkat mutsab ditambah dengan usaha menempatkan diri di hadapan Allah yang Maha Agung. Mereka selalu muraqabah dan mahabbah kepadaNya seakan-akan melihat Allah secara langsung dan hadir di hadapan Allah secara nyata. Mereka mampu mengendalikan hati hingga mereka sentiasa khusyuk mengerjakan solat. Kelompak ini berada pada tahap yang istimewa.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Dimanakah tahap kita berada?.
Petikan dari buku Magnet Rezeki dengan Solat Duha.

No comments:

Post a Comment