Tuesday 5 November 2013

KONSEP SABAR MENURUT ISLAM

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia.

Dalil Sabar
"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)

"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)


5 tahap kesabaran yang perlu diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika berperang menghadapi musuh atau berjuang menjalankan dakwah Islam kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau ujian penderitaan seperti Allah memberi ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam kehidupan seperti pendapatan yang semakin berkurangan, tanggungan yang semakin ramai dan harta benda hilang dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan supaya berwaspada menggunakan kesenangan yang ada untuk dibelanjakan pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan Ramadan dan kesabaran meninggalkan segala amalan yang diharamkan oleh Allah seperti memfitnah dan mengumpat orang lain.

Kepentingan sifat sabar.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan diri yang berterusan dan tidak mudah putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah kerana mereka mengetahui bahawa


Sikap orang beriman ketika menerima ujian Allah SWT ialah:
i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa kerana dia menginsafi bahawa semua yang berlaku adalah daripada ketentuan Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu masalah biarpun cara penyelesaiannya memakan masa yang panjang.

sebab Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar ikhlas beriman kepada Allah dan bagi memastikan golongan yang pura-pura beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah di dalam mencipta alam ini.

No comments:

Post a Comment